Ebook Baharu · Rizal Optometris

Cermin Mata Saya
Tak Pernah Serasi?

Mungkin masalahnya bukan pada cermin mata. Mungkin selama ini kita mencari jawapan di tempat yang salah.

Dapatkan Ebook Ini Screening Percuma
Tatal ke bawah
Shahrizal Bin Redwan, Optometris
Tentang Saya

Saya bukan menulis untuk jual cermin mata.

Selama lebih dua puluh tahun, saya duduk berhadapan dengan ribuan manusia yang datang membawa satu harapan yang sama — mereka mahu hidup mereka kembali seperti dahulu.

Ramai sudah bertukar cermin mata berkali-kali. Ramai sudah diberitahu, "Mata awak normal." Tetapi kehidupan mereka masih belum kembali normal.

20+Tahun Pengalaman
10,000+Pesakit Didiagnos
0Ubat / Pembedahan
Tentang Buku Ini

154 halaman. Lapan bab.
Satu soalan yang mengubah segalanya.

Kulit ebook: Cermin Mata Saya Tak Pernah Serasi?

Kenapa cermin mata anda tak pernah serasi?

Buku ini bukan tentang rabun. Ia tentang bagaimana manusia melihat dunia — dan bagaimana dunia itu berubah apabila mata dan otak tidak lagi bekerja sebagai satu pasukan.

01"Mata Awak Normal." Tapi kenapa hidup masih tidak normal?
02Mata itu kamera. Tetapi yang melihat ialah otak.
03Ada dua sistem penglihatan. Ramai hanya kenal satu.
04Kenapa ramai tak pernah diberitahu tentang ini?
05Kenapa cermin mata saya tak pernah serasi?
06Kenapa saya tidak memberi spek sahaja?
07Otak masih boleh belajar — walaupun anda sudah dewasa.
08Jangan tunggu sehingga mata mengubah hidup anda.
Yang Ramai Salah Faham

Tiga mitos yang buat anda terus menderita

Ramai yang sudah cuba semua cara — dan masih tidak selesa.

✗ MITOS

"Tukar cermin mata baru, masalah selesai."

✓ HAKIKAT

Cermin mata biasa hanya memperbaiki kejernihan. Ia tidak melatih cara dua mata bekerjasama.

✗ MITOS

"Doktor kata normal, mesti tiada masalah."

✓ HAKIKAT

Pemeriksaan biasa hanya semak rabun dan penyakit mata. Cara mata bekerja bersama otak tidak diuji dalam pemeriksaan standard.

✗ MITOS

"Ambil ubat sakit kepala, nanti ok."

✓ HAKIKAT

Sakit kepala akibat tekanan visual adalah tanda sistem mata-otak anda sedang bekerja terlalu kuat setiap hari.

Siapa Saya Bantu

Kenali diri anda dalam salah satu daripada ini

🖥️

Pekerja & Pengguna Skrin

Mata penat, kepala sakit, kabur selepas sejam — walaupun cermin mata sudah kena.

📚

Ibu Bapa & Anak Sekolah

Anak dah periksa mata, kata normal. Tapi masih tak suka baca, pening buat kerja sekolah.

👁️

Nampak Dua / Double Vision

Gambar berganda yang datang dan pergi. Kadang hilang bila rehat — tapi semakin kerap.

🎯

Juling / Mata Tak Lurus

Orang tegur mata lari. Sudah periksa — disuruh tunggu sahaja.

Kisah Benar

Mereka pernah di tempat anda berdiri

CIKGU AMIN, 28 · JULING KEKAL

"Rakan-rakan dan murid mula perasan. Setiap hari masuk ke kelas dengan beban yang orang lain tidak nampak."

4 tahun rawatan bersama.

Hari ini matanya tidak lagi juling. Keyakinannya pulih.

PUAN ZAITON, 61 · DOUBLE VISION 2 TAHUN

"Saya dah 2 tahun tak boleh lihat dengan dua mata. Mesti tutup sebelah. Tak boleh keluar rumah sendiri."

Selepas rawatan cermin prisma dan terapi.

"Macam dapat balik penglihatan sebenar saya."

PUAN SALWA & FIRDAUS, 9 TAHUN

"Malam pertama dia pakai spek terapi, dia tidur dengan lena. Saya perasan dia tak pegang kepala dah bila buat kerja sekolah."

Itu baru hari pertama.

Kemajuan berterusan dalam setiap sesi rawatan seterusnya.

Langkah Pertama

Faham dulu punca sebenarnya —
sebelum tukar cermin mata sekali lagi.

Baca "Cermin Mata Saya Tak Pernah Serasi?" — kongsi pengalaman lebih 20 tahun saya sebagai Optometris, dalam bahasa yang mudah difahami.